SAPS NKRA - Semakan Ibu Bapa

SAPS NKRA - Semakan Ibu Bapa merupakan satu sistem menyimpan data pelajar yang diasaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhiddin Yassin sewaktu beliau menjadi timbalan perdana menteri Malaysia.

Sistem SAPS NKRA telah dicipta bagi meluaskan akses kepada mutu pendidikan yang lebih baik dan bersistematik.

SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan  Sekolah. Manalaha NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). SAPS NKRA dicipta bagi digunakan oleh para ibu bapa, guru-guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).

Berikut adalah gambaran paparan laman web utama SAPS NKRA. Paparan muka laman web ini adalah simple dan clean.

saps nkra ibu bapa


Laman sesawang utama ini menunjukkan satu paparan pengumuman penting bagi murid-murid, guru, ibu bapa dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).

SAPS Ibu Bapa <-- semakan keputusan Online boleh diakses melalui laman web ini.

Kini anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan bagi murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah merangkumi semua Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan, Peperiksaan Akhir Tahunan, UPSR, PT3, SPM dan termasuk juga semakan ujian awal tahunan anak secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

semak keputusan peperiksaan anak


Semua rekod keputusan peperiksaan serta markah peperiksaan akan dipaparkan dalam sistem SAPS Ibu Bapa ini bagi memudahkan Ibu Bapa memantau dan mengawasi prestasi akademik anak mereka termasuk mengetahui kedudukan dalam kelas anak-anak.

Diharap kewujudan sistem SAPS NKRA ini dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan negara sekaligu menlonjakkan tahap akademik murid-murid dan meletakkan negara Malaysia kita nombor 1 di dunia. Diharap semua pihak dapat menggunakan sistem ini sebaik mungkin dan sesistematik yang boleh.

1 comment... add one now

Nurezzaty Nurezzatynasib Nurezzaty Nurezzatynasib 18 March, 2017
hp saya x boleh bukak saps....geram jer saya...terpaksalah suruh kawan yg bukakkkn...saper tahu kenapa ade beberapa hp x boleh bukak saps